Monday 16 July 2018

Tips elak santan pecah minyak




Rata – rata sering mengeluh kerana kuah santan yang dimasak kadang kala pecah minyak dan sekaligus menjejaskan rasa masakan. Video di atas merupakan tips untuk penggunaan santan dalam masakan agar ia tidak pecah minyak.

Tipsnya
1. Guna api yang sederhana
2. Sentiasa kacau kuahnya

Daging Salai Waris pek frozen mudah dan cepat di masak. Sila hubungi 
Stokis kami

1 Zam     http://www.wasap.my/+60122412998 
Area Shah Alam, Subang Jaya,  Kelang, Petaling Jaya,  Puchong,  Bandar Saujana Putra 

2 Awie http://www.wasap.my/+60126886171
Area Meru,  Puncak Alam  ,Bukit Kapar, Setia Alam

3 Ain  http://www.wasap.my/+601139150312
Area Puncak Alam

4 Nafiza  http://www.wasap.my/+60122656195
Area Damansara Damai

5. Norlela http://www.wasap.my/+60192153118
Area Saujana Utama

6 Azura http://www.wasap.my/+60132925391
Area Saujana Utama , SBCR

7 Zulkifli http://www.wasap.my/+60134734880
Area Kelang, Shah Alam

8. Ammar http://www.wasap.my/+601110979416
Kundang, Kuang

Wednesday 11 May 2016

Jenis sayuran yang sebagai bahan tambahan

Hidangan masak lemak cili padi adalah hidangan yang lengkap dengan sayurannya. Untuk menikmati gulai daging salai cukup dengan satu hidangan tidak perlu dicampur adukkan dengan kari, sambal atau hidangan tambahan yang lain kecuali ulam ulaman.

Antara sayuran yang sesuai ialah



1. Nangka muda
Pastikan nangka muda yang dibeli tidak masam ,pilih yang segar .




2. Terung kampung
Terung kampung memberi rasa yang unik





3. Pucuk ubi
Jika kita rebus pucuk ubi pastikan airnya di tuskan sebelum dicampur dengan santan , pucuk ubi haruslah sekering keringnya , air rebusan perlu diperah




Jenis Asam dalam Masakan Daging Salai ( kemestian )

Daging salai lebih enak jika dijudukan dengan asam untuk menaikkan rasa salainya asalkan tidak terlalu masam. Dah jadi kemestian setiap hidangan masak lemak daging salai perlu ada asam.
jenis asam yang mudah didapati di bandar ialah seperti.

1.Asam keping
asam keping adalah paling senang untuk diperolehi.

2. Mangga muda
Mangga muda tidak terlalu masam agak unik bila berinteraksi dengan daging salai.

3  Belimbing buloh
Belimbing buloh ada yang terbaik untuk  dijudukan dengan daging salai menghasilkan kuah yang masam masam manis tetapi agak sukar diperolehi.






Pemilihan Santan.

Hidangan masak lomak lado api Kuala Pilah tidak guna bawang.

Rasa uniknya amat bergantung pada santan.

Sekiranya anda gulai 500 gram atau 1 kg daging salai anda perlu cari kelapa tua sebiji setengah dan perah sendiri di rumah sebab jika kita gunakan santan yang sudah diperah walau pun sekilo RM 8.00 sekali pun
belum tentu kelapanya tua.
 

Tuesday 10 May 2016

Jenis Masakan dan Makanan Tradisional Negeri Sembilan

Bila kita sudah dewasa,  seseorang selalu teringat akan nostalgia atau kenangan diri dalam kehidupan diri yang telah ditempoh.

Mengimbau nostalgia ketika nenek masih ada adalah sesuatu yang agak unik diperkatakan tentang penyediaan masakan tradisional Negeri Sembilan.


Di ketegorikan masakan melayu Negeri Sembilan


1. Ulam -ulaman

Bahan mentah yang dimakan tanpa diadun seperti pucuk-pucuk dan umbi-umbian dijadikan ulam
sebagai contoh kerdas,petai, jering ,pucuk paku,pucuk  pegaga

2. Lauk pauk

Lauk menjadi judu pada nasi.

3. Pindang

Secara kursusnya masakan pindang menggunakan ikan air tawar seperti ikan keli, puyu,sepat dan sebagainya. Masakan pindang perlukan kemahiran yang tinggi cara memasaknya.Bagi membezakan pindang dengan rendang, masakan pindang mempunyai kuah yang lebih likat dan kental.

4.Masakan kuning Lada Api

masak lomak lado api, keunikan masakan ini sukar ditandingi mana mana negeri lain yang cuba cuba melakukannya.Sebenarnya masakan ini tidaklah terlalu susah untuk disediakan kerana ianya boleh menggunakan banyak bahan seperti daging , telur , ikan , siput ,sayur, buah-buahan dan sebagainya.
Bahan utama mesti ada ialah lada api,santan,dan kunyit hidup dan asam.

5.Masakan lemak putih

Masakan ini lebih mudah menjadi penyesuaian pada hidangan lain, sekiranya hidangan pedas pedas belaka maka masakan lemak putih khas untuk kanak-kanak biasanya terdiri dari sayuran dan buah-buahan seperti nangka muda, labu,pucuk manis , umbut pokok dan sebagainya.
santannya tidak begitu pekat dan rencah ikan bilis biasa dipakai.

6. Masakan bahan Salai

Mengeringkan dengan cara diasap atau dipanggang. bahan salaian seperti daging atau ikan biasanya dimasak lemak kuning dicampur perencah-perencah buah-buah asaman





Sunday 8 May 2016

Cara Memasak Daging Salai Waris





Asalamualaikum

Nak cerito sedikit pasal daging salai ni ha, yolah kato uwan ese kalau nak masak ikut resepi nisimblan kono ikut caro Wan aja ni ha jangan momandai nak ubah-ubah lain raso e.

bermula dari proses menyalai sampailah ke hidangan di meja saya pelajari maka sedikit sebanyak saya kongsikan di blog ini dan saya komersialkan sebagai salahsatu produk dingin beku

Proses Menyalai.
Cara penyalaian daging salai ni agak renyah caranya, daging yang dipotong di salai menggunakan sabut kelapa dan bara api yang kecil sehingga 4 jam lamanya. 

Proses meracik
Daging salai yang telah di asap selama 4 jam itu diracik bertentangan dengan urat daging supaya daging tidak liat.




Proses Bumbu
Biasanya terdapat pelbagai cara penyediaan bumbu di Negeri Sembilan sebelah Rembau lain, sebelah Kuala Pilah lain semuanya ada identiti masing-masing tetapi kato Uwan ese kalau masakan Nisimlan lama tak pakai  bawang pun hanya kunyit hidup dan cili api.



Proses pack produk
450 gram daging salai Waris bersama bumbu untuk hidangan 7 orang makan disediakan dalam pek plastik sebagai produk dingin beku.



cara memasak

Bahan-Bahan:
Daging Waris ½ kg yang disalai .
 sebiji setengah santan kelapa yang diperah menggunakan blender, pes cili padi(disediakan),kunyit hidup (disediakan )
dan belimbing buluh. (jika tidak ada belimbing buluh,boleh juga digantikan dgn mangga muda) boleh juga digantikan dengan nangka muda
.
p/s jika anda meletakkan bahan yang masam, tidak perlu meletakkan lagi asam keping.

masukkan santan , pes kunyit,pes cili tadi bersama daging salai waris dan masak dengan api yang sederhana  kemudian kacau kuahnya dan masukan garam dan
belimbing buluh .  

pastikan kuah dikacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. 

Daging Salai Waris dengan rebung

Daging Salai Waris dengan belimbing 

Daging salai Waris Dengan Nangka Muda


Daging Salai dengan Waris terung belimbang

Tambahan:
masak lemak cili api original , tidak letak bawang langsung , jika diletak , rasanya sudah tidak ori negeri sembilan.